My Love Story

Friday, May 21, 2010

8th day: semoga cinta yang dicari telah ditemui

mesti korang cam pelik kn sebab pas hari ke 3 trus hari ke8, skip 5 hari tuh.. bukan taknak update blog tapi aku agak busy sket dgn keje.. skrg ak wat part time ngan photography team kat pesta konvo uitm.. so agak busy sket la.. tp masih sempat lagi layan fesbuk,hehe.. cuma bila nak menulis blog ni cm amik masa sket, so aku biar je dulu smpai la pagi ni (sbb takde customer langsung nih)..

so dalam team ni aku sorang je bunga di tengah2 kumbang2.. so macam2 perangai la aku jumpe, ade yang ok, ade yang tak, bese la tu kan dalam satu team.. walaupun boring tak ramai customer tapi tetap bes sbb sini ada air-cond and taman2.. kt resort la katakan..

ada la sorang mamat ni.. ak cam selalu la gak mesej2 ngan dia (padahal satu team, nak mesej gak ek?haha).. dia ni memang baik, kuat agama, nak jadi bilal ke imam ke sume boleh la.. cuma dia ni org kampung, takde la pelajaran sangat.. tap rajin wat keje.. macam2 keje dia wat la.. hari2 bagi aku doa2 yang berguna, doa pelindung diri dsb nye ar.. honestly, aku cam agak tertarik ngan keperibadian dia.. cuma seolah2 masih ade satu penghalang dalam hati aku yang membuatkan aku cuba untuk tak jatuh hati pada dia.. tak tau kenapa.. tak dapat dijelaskan dengan kata-kata.. hanya Allah je maha mengetahui ape yang ade sebenarnya dalam hati aku nih..

time besday aku semalam dia ade bagi mesej camni.. aku tak paham sangat sebenarnya, so aku share jela ngan korang ek.. agak sweet la msej ni bagi aku..

"Bismillahirrahmanirrahim.. Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu,

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukan lah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu...

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku terjatuh dan tertatih dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu..Amin

doaku moga kita sama2 berjaya di dunia dan akhirat, berjaya dalam mengharungi cabaran dan dugaan yang sememangnya menguji kekuatan iman.. kerana tapak iman yang menemukan cinta yang selama initelah hilang..

semoga cinta yang dicari telah ditemui.. semoga Allah meletakkan kita dibawah payung rahmat kasihNya.. InsyaAllah..

* camne? sweet kn mesej ni.. cuma aku tak paham sangat ertinya..

2 comments:

Violet said...

tu mknanye mungkin dia de hati kt u..dan dia nk cm ciri2 lam ayat tu lar..rs i lah heee ;)

alexa myra said...

isk tapi tu kn lbih pd cinta kepada tuhan.. mana tau dia saja2 forward, terperasan kang susah lak,hehe